Sunday, April 14, 2013

Hati yang Terusik

bila diuji dengan musibah hati jua yang gelisah.
tidak ada manusia yang suka diuji.
tidak ada manusia yang suka pada kesedihan.
apalah sangat yang ada pada duka,kata mereka.
apalah sangat yang ada pada sesuatu ujian.

itu lah apa yang B rasa dulu pada saat B x reti memupuk sabar.
kesabaran B nipis bagai kulit bawang.
namun ada beberapa perkara yang buat B kuat saat hati betul2 rapuh.
iaitu Dia yang Esa.
Tuhan yang satu dan tiada tuhan melainkan Dia yang agung.
juga pada kawan yang banyak memberi nasihat.terima kasih.

hati B teruji bila ummie,abang dan atuk kemalangan dan semuanya x sampai dalam tempoh seminggu.
syukur tiada kecederaan melainkan kereta terpaksa masuk bengkel.
waktu tu B rasa mahu segera pulang tapi jarak sabah dan kelantan bukan la dekat.
akan melibatkan sejumlah wang yang sangat banyak kalau B tempah tiket last minute.
jadi B hanya mampu terus berdoa dan bersabar di sini.
apa yang ummie dan atuk pesan hanyalah

"kami kat sini x de pape.jangan risau"

hari2 B doa supaya B tabah dan kuat.
hanya pada  DIA B berdoa.
ya mungkin bagi mereka2 diluar sana ianya hanyalah biasa2 sahaja tapi bagi itulah ujian yang maha hebat.
tambah2 lagi B jauh dari rumah.

#entry yang x berapa nak siap ini sebenarnya sudah agak lama,tapi B baru nak publish. >.<


No comments: