Thursday, January 24, 2013

salam maulidur rasul

Assalamualaikum...
salam maulidur rasul.
di saat tangan kecil ini menaip setiap bait kata2,
hati tercuit apakah yang mahu saya kongsikan bersama.
hari ini begitu indah sang suria memancarkan cahayanya ke seluruhan alam.
alhamdulillah saya masih bernyawa dan masih juga diberi kesempatan untuk menghirup udara yang tidak perlu saya bayar.
subhanallah indahnya ciptaan mu ya Allah.

Kau kurniakan pada kami rahmat alam.
juga rahmat besar buat kami hambamu,kerana Engkau utuskan Nabi Muhammad s.a.w.
bersyukurnya saya dilahirkan sebagai seorang muslim.
percaya Tuhan itu satu maha Esa,juga percaya pada pengutusNya nabi Muhammad.

sejak dari kecil saya percaya ramai di kalangan kita diajar untuk berselawat kepada baginda rasulullah.
bahkan apabila tiba tarikh maulidur rasul akan ada sambutan di peringkat sekolah.
masih manis dan segar diingatan saya sewaktu bersekolah di s.k.jeli (1),kami akan berarak sambil berselawat.
alhamdulillah dari kecil saya menerima pendidikan dan pendedahan awal sama ada di rumah ataupun di sekolah.

bila saya menginjak dewasa saya lihat betapa kurangnya sambutan yang diberi oleh remaja.
hati kecil saya bertanya apakah semakin kita dewasa semakin kita lupa pada Rasulullah?
mudahnya kita mengingati tarikh lahir artis2 yang kita kenal,
betapa mudahnya kita menghafal dan menyanyikan lagu2 mereka.
walhal ingatkah kita pada tarikh lahir rasululullah.?
ingatkah kita pada setiap pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam.
ingatkah kita pada saat hampir wafat Rasulullah,apa yang Rasulullah fikir dan sebut.?
dan ingatkah kita pada sepotong ayat selawat untuk baginda?

subhanallah maha suci Allah.
perkongsian saya hanyalah picisan kecil yang boleh saya lahirkan dari hati saya.
apa yang saya fikir dan rasa.
mahu saya kongsi bersama mungkin ada manfaat pada yang lain.

ayuh kita jadi umat yang bijak dalam mengusahakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi.
ayuh berselawat pada baginda Rasulullah x kira dia mana kita berada,x kira apa yang sedang kita lakukan,.
moga kita akan mendapat syafaat dari baginda, in sha Allah.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."


-dari penulis,saya insan biasa yang x punya apa2.sebarang kelemahan tgurlah saya.in sha Allah saya akan perbaiki lagi apa yang kurang :D.
salam sayang, B

No comments: